Tuesday, January 6, 2009

SENARAI NAMA PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SMKPTJ

  1. TN. HJ. MOHD AZLI BIN MUHAMAD ( 1995 – 5 JUN 1998 )
  2. PN. RAHMAT BEE BT. ABD KADER ( 1998 – JULAI 2001 )
  3. PN. HJH. JAMILAH BT. SALIM ( 2001 HINGGA SEKARANG )

LENCANA SEKOLAH



Tahun 1995 adalah tahun penubuhan sekolah. Warna sekolah ialah merah, biru, dan kuning.


Motto Sekolah

Beriman Berilmu Berwawasan.


Lencana sekolah mempunyai warna berikut :


Warna merah :

Melambangkan semangat berkobar-kobar, semangat untuk meninggikan sekolah. Membela bangsa dan menjaga Negara.

Warna biru :

Melambangkan ketenteraman, iaitu ketenteraman fikiran, hati, jiwa dan perasaan.

Warna kuning:

Melambangkan kesejahteraan dan kesetiaan.

Warna putih :

Melambangkan kesucian dan keikhlasan.


Simbol-simbol dalam lencana:


Buku :

Melambang sumber dan kepentingan ilmu sebagai

penyuluh dan penunjuk arah kehidupan yang sejahtera.

Anak Panah :

Melambangkan hala tuju warga sekolah, keteguhan cita-cita dan azam warga sekolah dalam mencapai kecemerlangan.

Dua Telapak Tangan:

Melambangkan pemuafakatan, kerjasama dan team work di kalangan warga sekolah bagi mencapai wawasan.

Bintang :

Melambangkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah.

SEJARAH SEKOLAH

Sebelum Perang Dunia Pertama, seorang pendekar Jawa bernama Kerma Wijaya telah tiba di sini dan mendapati tempat ini sangan sesuai untuk didiami. Beliau telah meneroka hutan di sini dan diganti dengan sawah padi serta dusun. Kerma Wijaya telah berkahwin dengan wanita tempatan dan dikurniakan beberapa anak. Penduduk kampung mengenali beliau sebagai Tok Jaya dan tempat ini dinamakan sempena nama tersebut. Sekolah ini pula adalah sempena nama kampung ini.

Penubuhan Sekolah Menengah Permatang Tok jaya telah diusahakan oleh YB Datuk Seri Mohd Shariff bin Hj. Omar, Ahli Parlimen Tasek Gelugor memandangkan ketiadaan sebuah sekolah menengah bagi pelajar-pelajar di kawasan Permatang Tok Jaya. Sebelum ini semua pelajar menengah terpaksa ke sekolah menengah di Telok Air Tawar atau Kepala Batas yang jaraknya dalah jauh. Sekolah yang dibina di atas kawasan seluas 13 ekar ini telah mula dibina pada tahun 1992. Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya telah dibuka untuk pengambilan pelajar pada tahun 1995. Pengambilan pelajar adalah dari sekolah rendah berdekatan seperti SK Permatang Tok Jaya, SK Permatang Binjai dan SK Sungai Puyu. Pada tahun penubuhannya sekolah ini mempunyai 6 kelas iaitu 4 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan2. Pada masa tersebut bangunan sekolah terdiri daripada 3 blok tiga tingkat bangunan akademik, 1 blok tiga tingkat makmal sains, dan 1 blok 2 tingkat bengkel Kemahiran Hidup. Terdapat juga sebuah bengkel Sains Pertanian. Penyelaras sekolah pada ketika itu ialah En. Mat Kamil bin Sudin berserta 10 orang guru.pada 2hb Oktober 1995 sekolah ini telah diserahkan secara rasmi oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ketika itu, Tn. Hj Ibrahim Said. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn. Hj Mohd Azli bin Mohamad. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sehingga 5 Jun 1998.

Pada tahun 2000Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka di sekolah ini. Terdapat hanya 1 kelas pada peringkat awal pengenalan program ini dengan 3 pelajar. Pada tahun berkenaan juga pembninaan 2 blok akademik yang baru serta pembinaan 2 blok bangunan asrama, rumah warden dan dewan makan telah dimulakan. Bangunan-bangunan tersebut telah siap pada penghujung 2002. Bangunan asrama mempunyai kapasiti 400 orang pelajar dan pengambilan pertama ialah pada tahun 2002.

Pada tahun 2003 sekolah ini telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memulakan Program Model Khas. Konsep Model Khas ini ialah menggabungkan pendidikan rendah dan menengah di bawah satu bumbung. Pendidikan rendah berkenaan ialah di peringkat Tahap II iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Semua pelajar tahap II ini tinggal di asrama bersama pelajar menengah yang lain.

Sehingga awal 2007 terdapat sebanyak 38 kelas di sekolah ini. 28 darinya adalah kelas menengah biasa dari Tingkatan 1 hingga 5, 6 kelas pada Tahap II Rendah iaitu dari Tahun 4 hingga Tahun 6 dan 4 kelas Pendidikan Khas. Antara program penting di sekolah ini ialah Kelas Aliran Agama jumlah pelajar pula telah mencecah 1100 orang pelajar.

FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK JAYA bertekad untuk memberi pendidikan yang seimbang dan menyeluruh kepada pelajar-pelajar sekolah ini berpaksikan kepada prinsip-prinsip berikut :

1. Patuh kepada suruhan agama.

2. Taat kepada ibu bapa.

3. Menghormati guru.

4. Belajar dengan tekun.

5. Sayang kepada sekolah.

Bagi melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berbakti kepada Negara, tumpuan akan diberikan kepada matlamat-matlamat berikut:

1. Meningkat produktiviti kerja.

2. Pengajaran yang berkesan, berkualiti dan inovatif.

3. Meningkatkan profesionalisme keguruan.

4. Meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.

5. Bekerja dengan dedikasi, jujur dan bertanggungjawab.

6. Sedia berkorban, berbakti dan berkhidmat untuk nusa dan bangsa.

MATLAMAT SEKOLAH

  • MENDIDIK PELAJAR DENGAN KEPERIBADIAN ISLAM.
  • MEMBEKALKAN ILMU YANG MEMENUHI TUNTUTAN DUNIAWI DAN UKHRAWI.
  • MEMPERKEMBANGKAN POTENSI PELAJAR DARI SEGI MINAT, KREATIVITI, SAHSIAH DAN KEPIMPINAN.
  • MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM PELBAGAI BIDANG ILMU DALAM DAN LUAR NEGARA.

OKJEKTIF SEKOLAH

  • MENCAPAI KECEMERLANGAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM.
  • MELAHIRKAN PELAJAR YANG MENGAMALKAN AKHLAK MULIA.
  • MEMBENTUK GENERASI PELAJAR SEBAGAI PEMIMPIN YANG BOLEH DITELADANI.
  • MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KETAHANAN DIRI DALAM MENGHADAPI CABARAN BUDAYA YANG BERCANGGAH DENGAN NILAI-NILAI ISLAM.
  • MENYEDIAKAN PELAJAR YANG DAPAT MEMBERI SUMBANGAN YANG BERKESAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN BEGARA DAN UMMAH.

PIAGAM PELANGGAN

Sekolah ini mempercayai bahawa setiap individu itu adalah berketrampilan dan berpotensi untuk mencapai kecemerlangan. Oleh itu Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya bertekad untuk :

  • Melahirkan insan yang bertakwa kepada Tuhan, Bertanggungjawab, Berdedikasi dan Berakhlak mulia selaras dengan kehendak-kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

  • Mewujudkan golongan pendidikan dan kakitangan sokongan yang komited kearah peningkatan tahap kecekapan dan keupayaan profesionalisme masing-masing bagi menghasilkan satu system penyampaian yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

  • Mewujudkan suatu sistem pentadbiran yang cekap untuk bertindakbalas dalam sebarang urusan penyelesaian masalah dan dalam penyampaian maklumat atau maklumbalas kepada mana-mana pihak.

  • Terus berusaha untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama yang baik dan erat dengan waris-waris, ahli-ahli masyarakat setempat dan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan sebagai satu usaha membentuk jalinan kemuafakatan yang kukuh dan berkekalan.

  • Terus berusaha mewujudkan kerjasama yang erat dengan pelbagai institusi pendidikan dan penyelidikan sebagai usaha membentuk pelajar-pelajar yang berdisiplin dan bermotivasi serta memiliki cirri-ciri kepimpinan, keilmuan dan ketahanan diri.